Wednesday, May 20, 2009

Apakah Nasib Anak Peneroka Felda Dibela Seperti Bapanya?


Ruangan blog ini membicarakan perihal serta nasib anak anak peneroka felda yang perlukan perhatian,dari sudut ekonomi, sosial dan sebagainya.

2 comments:

  1. ANDA BOLEH MENYATAKAN KOMENTAR DIRUANGAN BLOG INI.BlOG TIDAK MEMIHAK MANA MANA PIHAK.TERBUKA UNTUK SEMUA.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum wbt... sy slah seorang ank felda d ngeri pahang..
    anak2 felda yg blajar di skolah luar dri kwsan felda xpernah dapat sbarang bntuan & sguhati drp phak felda..
    sprti sy..sy blajar 5thun di skolah agama di bndar tdekat dgn rumah sy..
    kputusan pperiksaan sy amat cmerlang...
    skali pon xprnah mdapat sguhati drp pihak felda...
    plajar yg bskolah di skolah dlam felda plak byk dberi kmudahan sprti xperlu byar duit kelas tmbhan... tp rmai jugak yg xhdir ke kelas..
    mnakala sy yg tdk bskolah di situ kne byar semua yuran skolah tnpa bntuan felda,,
    itu yng berat sebelah...
    knapa ade yg dpinggirkan????

    ReplyDelete

Felda Membelanjakan Sebanyak RM 80 Juta.


Penulis: Utusan Malaysia
Jan 13, 2009 at 12:00 AM
BANDAR JENGKA 12 Jan. - Felda membelanjakan sebanyak RM80 juta bagi Skim Tuisyen Felda (STF) pada tahun lalu untuk meningkatkan prestasi akademik anak-anak peneroka di Felda Jengka di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail berkata, bantuan itu memberi impak besar terhadap usaha peningkatan tahap pendidikan anak-anak peneroka di kawasan tersebut.
Katanya, program STF berjaya meningkatkan tahap pembelajaran dan pemahaman anak-anak peneroka sebelum menduduki peperiksaan.
''Pelaburan besar Felda untuk STF itu harus disusuli dengan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
''Bantuan tambahan sebanyak RM27 juta lagi pada tahun ini merupakan inisiatif Felda supaya keputusan peperiksaan utama yang diambil anak peneroka lebih cemerlang,'' katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis pertemuan antara ketua-ketua peneroka di Felda Jengka di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Datuk Abdullah Abu Bakar dan Timbalan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Faiz Abd. Hamid.
Wan Salman berkata, bagi memastikan anak-anak peneroka mendapat keputusan lebih cemerlang, pelaksanaan STF perlu dikaji dari semasa ke semasa.
Sementara itu, Abdullah bersetuju supaya program STF dikaji semula dengan melakukan lebih banyak penambahbaikan.
Beliau berkata, MBFM menghargai usaha Felda yang sanggup berbelanja besar untuk membantu anak-anak peneroka memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
''Anak-anak peneroka perlu mengambil peluang ini untuk mengikuti kelas tuisyen anjuran Felda itu kerana program tersebut dirangka khas bagi membantu mereka,'' katanya.
Ahmad Faiz pula berkata, bantuan sebanyak RM80 juta itu membuktikan Felda serius dalam meningkatkan mutu pendidikan anak-anak peneroka.
Menurutnya, dana besar yang dilaburkan Felda itu harus memberi input seimbang terhadap kemajuan pendidikan anak-anak peneroka.
Beliau menyarankan supaya diwujudkan satu jawatankuasa khas untuk menyediakan modul bagi setiap mata pelajaran tanpa mengabaikan aspek pemantauan terhadap pelaksanaan STF di sekolah.
Sementara itu, peneroka Felda Terkis Jengka 21, Zul Budin, 53, menyifatkan bantuan STF secara percuma kepada anak peneroka Felda merupakan satu keistimewaan yang tidak terdapat di tempat lain.
Oleh itu ujarnya, anak-anak peneroka perlu mengambil peluang keemasan itu untuk mengikuti kelas tambahan tanpa sebarang paksaan daripada ibu bapa mahupun guru sekolah.
Beliau kesal kerana ada kalangan anak-anak peneroka tidak berminat untuk mengikuti kelas STF di sekolah walaupun mereka bakal menduduki peperiksaan penting.
''Sikap seperti ini harus dibendung bagi mengelakkan budaya tidak mementingkan ilmu yang akan merugikan diri sendiri, bangsa dan negara,'' katanya.

Anak anjur himpunan peserta Felda


Anak anjur himpunan peserta Felda 26 Julai ini
Basiron Abdul Wahab Fri Jul 25, 08 9:44:57 am MYT
BERA 25 Julai (Hrkh) - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menganjurkan Himpunan Peserta Felda Daerah Bera pada 26 Julai 2008 di Dewan Restoran Anjur Seri, Kerayung mulai jam 9.00 pagiPresiden Anak, Mazlan Aliman dalam kenyataan medianya berkata, Felda Plantation Sdn. Bhd (FPSB) yang ditubuhkan pada tahun 1990 bagi mengurus estate Felda seluas 267,710 gagal memberi jaminan masa depan kepada generasi kedua Felda yang menjadi peserta FPSB.
Katanya, generasi kedua Felda yang menyertai FPSB dengan pendapatan di antara RM700-1000 sebulan tidak lebih daripada buruh ladang dan akan diarahkan meninggalkan FPSB apabila usia mencecah 50 tahun dengan masa depan yang tidak menentu.
Kini telah ramai daripada mereka meninggalkan FPSB kerana mendapati tiada jaminan masa depan dan kebajikan mereka tidak terurus dengan sempurna. kekosongan yang ditinggalkan generasi kedua Felda itu telah di isi buruh asing dari luar negara.
Menurut Mazlan, Anak merasa terpanggil untuk menyelami nasib anak-anak peneroka yang menyertai peserta FPSB ini dengan menganjurkan program khusus bagi mendapatkan maklumat mengenainya.
Katanya, Anak juga memandang serius kerana semasa pilihan raya lalu dan sebelumnya pelbagai janji telah ditaburkan kepada peserta FPSB, antaranya janji akan mendapat tanah dan kediaman kekal tetapi ia tidak pernah menjadi kenyataan.
Anak berpendapat kerajaan/Felda wajar mengkaji semula FPBS untuk manfaat rakyat seluruhnya khususnya generasi kedua Felda yang diambil menyertainya.